VISI
Menjadi kelab menembak vvip malaysia yang professional, dipercayai dan disegani serta menyumbang kepada kecemerlangan sukan menembak yang terbaik untuk malaysia dan sehingga ke peringkat antrabangsa.
MISI
❖ Menjadikan Malaysia salah satu hub tumpuan dalam sukan menembak
❖ Menyediakan padang sasar berteknologi dan akedami
❖ Menjadi rujukan dari kelab menembak lain dalam meningkatkan kecemerlangan sukan menembak
❖ Melahirkan bakat baru menembak dikalangan penduduk malaysia
❖ Mengekal dan mengembangkan harmonisasi antara kelab menembak
MAKSUD BENTUK LOGO DAN WARNA
Lingkaran Bulatan Luar & Dalam
Melambangkan kesempurnaan, adaptif, dan perpaduan yang kukuh dan komited di kalangan ahli dengan menitikberatkan semangat bekerjasama dan berpasukan tanpa mengambilkira perbezaan agama, bangsa dan negeri sehingga menjadi sebuah kelab yang ternama dalam bidang sukan menembak hingga di peringkat antarabangsa.
Bintang
Berbentuk segi lima yang melambangkan 5 prinsip Rukun Negara Malaysia yang akan dibawa dijunjung dan dipatuhi oleh setiap anggota kelab.
Sasaran Menembak
Melambangkan Fokus, ketepatan dalam displin dalam kalangan anggota ahli
Corak S
Bermaksud huruf S yang melambangkan semangat dan komited ahli dalam bekerjasama bagi menaikan nama Kelab sehingga persada Dunia.
Warna Hitam
mencerminkan keberanian, ketenangan dan dominasi.
Warna Keemasan
Bermaksud optimis, semangat dan ceria. dapat merangsang aktiviti fikiran dan mental.
Warna Perak
membawa keharmonian mental, fizik, dan emosi selain itu ia juga melambangkan penghormatan, berintelektual, dan mempesonakan.
TERAS AKTIVITI
SIJIL PENDAFTARAN

